Dua gambar yang dikatakan model iPhone 6 telah tersebar di laman sosial Twitter dan ianya merupakan dua model konsep dengan skrin paparan 4.7-inci dan 5.5-inci. Jika ini benar, kita mungkin akan menyaksikan Apple hadir dengan reka bentuk dan skrin paparan yang lebih besar bagi telefon pintar utama mereka tahun ini.
Gambar ini juga selari dengan beberapa laporan sebelumm ini. iPhone 6 4.7-inci dan 5.5-inci ini hadir dengan reka bentuk yang lebih nipis dan mempunyai reka bentuk yang sama seperti iPad Air dan iPad Mini 2.
Jika dibandingkan dengan model iPhone 5s dan 5c yang dilancarkan tahun lalu, iPhone 6 dilihat lebih nipis dan hampir kesemua butang telah direka semula manakala butang ‘power/lock’ telah dipindahkan ke sebelah kanan bagi memudahkan anda mencapainya kerana iPhone 6 ini lebih lebar.
Selain itu, Apple iPhone 6 juga dikatakan akan hadir sebagai peranti kalis air dan habuk dan dengan sistem operasi iOS 8. Model terbaru iPhone ini dijangka akan dilancarkan pada bulan September 2014 manakala satu lagi model iPhone 6 dengan skrin paparan 5.5-inci dilancarkan beberapa bulan kemudian.
0 comments:
Post a Comment