Anda tidak boleh membezakan di antaraKB/s dari Mbps, Gbs dari MBs? Tidak mengapa, teruskan membaca! Tahukah jika anda menggunakan internet ADSL, Mudah alih, ataupun Fibre mudah alih berkelajuan tinggi? Adakah internet anda terlalu laju (!) atau terlalu lambat? Berapa banyak internet yang anda guna setiap bulan? Cukupkah? Apakah kuota yang sesuai untuk kegunaan satu keluarga? Teruskan membaca untuk menjawab kesemua soalan-soalan ini!
Revolusi Broadband
Internet telah mengubah cara perhubungan dunia ini dan telah merapatkan jurang di antara manusia. Kita kini hidup di dalam masyarakat yang sentiasa bergerak maju ke hadapan di mana menulis surat, membuat panggilan telefon dan membaca ensiklopedia telah diganti dengan e-mel harian, penghantaran mesej ringkas dan Wikipedia. Internet telah menolong kita semua untuk mendapat akses informasi yang laju (satu kelemahan dan kesenangan), tetapi berapa ‘laju’?
Terdapat beberapa pelan broadband yang boleh didapati di Malaysia. Kepesatan dunia broadband ini menyebabkan susah untuk kebanyakan rakyat Malaysia mencari pelan broadband yang sesuai untuk mereka.
Klasifikasi Kelajuan
Kebanyakan pengguna internet tidak menyedari kelajuan (atau betapa lembapnya) pelan broadband yang mereka perlukan / guna. Jadi JimatCermat.my akan memeberi tiga contoh untuk menolong anda mencari ciri-ciri pengguna internet dan kelajuan yang anda perlukan :
Perlahan
Hanya menggunakan internet selama 1-2 jam sehari, semak beberapa e-mel, melayari facebook untuk seketika atau mungkin membaca beberapa laman web sahaja pada mada lapang. Pengguna ini juga kadang-kala akan melayari dunia shopping secara online dan akan membeli satu atau dua item sekali seminggu / sebulan.
Kelajuan Broadband Minimum : 1Mbps
Purata
Akan meluangkan masa bersama komputer kesayangannya apabila berada di rumah. Dia melawati laman web yang penuh media untuk membaca/ memuat turun video tentang ulasan teknologi atau kereta terkini, menonton video di You Tube, dan memuat turun lagu ke iPod atau music player yang lain.
Kelajuan Broadband Minimum : 3-5 Mbps
Pantas
Menggunakan kebanyakan masanya di depan komputer. Dia menonton video-video HD, bermain permainan berbilang pemain HD secara online, dan muat turun gambar bersaiz besar untuk bisnes fotografinya.
Kelajuan Broadband Minimum : 5Mbps ke atas
Megabits, Megabytes
Menggunakan artikel perlahan sebagai contoh, 1 Mbps bermaksud bahawa data boleh dimuat turun daripada laman web ke komputer anda pada Megabit sesaat. Ini adalah kelajuan sambungan. Anda mungkin pernah mendengar perbualan seperti ini ” Aku ada 1 meg connection”, inilah maksud mereka. ‘Meg’, ‘megabit’, dan ‘Mb’ semua bermaksud benda yang sama.
Tetapi, bagaimana pula ini berkenaan dengan kelajuan melayari laman web? Saiz laman web selalunya diukur menggunakan MegaBytes, dan MegaBytes ini bukan unit yang digunakan untuk mengukur kelajuan internet. Tetapi jika kita beranggapan bahawa semua laman web mempunyai saiz yang sama, lebih tinggi megabits itu maka lebih senanglah untuk kita muat turun data daripada laman web ke komputer dan ini akan dianggap sebagai kelajuan melayari internet.
Ingat : 8 Megabits (Mb) = 1 MegaByte(MB)
Jadi, jika anda mempunyai sambungan 1 Mbps (1 Megabit sesaat) dan ingin muat turun laman web bersaiz 1 MegaByte, ianya akan mengambil masa selama 8 saat. Pada awal 2012, saiz biasa laman web di seluruh dunia ialah kira-kira dalam 0.96 Megabytes tetapi untuk kesenangan anda, kita akan bundarkan ke 1 Megabyte. Ini masa muat turun yangdiperlukan, mengikut kelajuan yang ada :
1 Mbps : 8 saat untuk satu laman / page
3 Mbps : 2.6 saat untuk satu laman / page
5 Mbps : 1.6 saat untuk satu laman / page
10 Mbps: 0.8 saat untuk satu laman / page
20 Mbps: 0.4 saat untuk satu laman / page
Peringatan untuk Anda
- Ini hanya secara teori sahaja. Secara realiti, jika anda menggunakan sambungan dengan kelajuan 20 Mbps, anda mungkin tidak dapat menggunakan kelajuan itu sepenuhnya kerana trafik pengguna yang tinggi atau kehilangan data.
- Banyak laman web mempunyai saiz melebihi 1MB.
- Pengguna laman web secara sekaligus juga memainkan peranan yang penting. Jika keseluruhan 6 ahli keluarga anda melayari internet pada masa yang sama, ini mungkin akan menurunkan kelajuan internet anda
Data Tanpa Had?
Pada zaman sekarang, majoriti pelan Broadband Perumahan tidak meletakkan elaun data maksimum sebulan (anda dapat melayari internet dengan data tanpa had). Tetapi awas, mereka mungkin akan mengawal penggunaan yang ekstrem dan akan memberi amaran tentang penggunaan data melampau pada bila-bila masa.
0 comments:
Post a Comment