This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Gambar Panel Skrin Paparan IPhone 6 5.5-Inci Tersebar

Adalah hampir pasti bahawa Apple akan melancarkan dua versi iPhone tahun ini dan salah satu model iPhone 6 ini dikatakan akan memiliki skrin paparan berukuran 4.7-inci selain satu lagi model yang dikatakan akan mencabar model phablet Samsung iaitu iPhone 6 dengan skrin paparan 5.5-inci.

apple-iphone-6-5.5-inch-phablet
Gambar dari pada laman web 9to5Mac telah memaparkan komponen iPhone 6 dan pembaris pada gambar tersebut mengesahkan ukuran 14cm iaitu ukuran yang kebiasaanya dimiliki oleh skrin paparan 5.5-inci. Selain daripada maklumat skrin paparan, tidak banyak spesfikasi model ini diketahui.

apple-iphone-5.5-inci-panel-6s

Kedua-dua model iPhone 6 ini dijangka akan mempunyai reka bentuk berasaskan aluminium sepenuhnya dan selain skrin paparan yang mempunyai ukuran yang berlainan, reka bentuk model ini adalah sama.

Selain itu, spesifikasi model ini juga masih menjadi tanda tanya namun adalah sesuatu yang pelik untuk melihat tindakan Apple untuk terus memperkenalkan telefon pintar yang mempunyai skrin paparan 5.5-inci selepas lama mengekalkan skrin paparan yang berukuran 3.5 hingga 4.0-inci bagi model iPhone.

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, iPhone 6 4.7-inci dijangak dilancarkan terlebih dahulu iaitu pada bulan September manakala model 5.5-inci akan dilancarkan pada penghujung tahun.

0 comments:

Post a Comment