This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Oppo Find 7 Edisi Khas Transformers Ditawarkan Secara Percuma

Oppo sedang menganjurkan satu pertandingan yang memberikan anda peluang memenangi salah satu daripada 24 telefon pintar Oppo Find 7 Edisi Transformers.
transformers

Selain 24 unit Oppo Find 7, pertandingan ini turut menawarkan hampir 40 unit ‘Mouse’ dengan reka bentuk Transformers yang berwarna kuning, 25 kaca mata 3D edisi khas Transfromers dan pemenang kepada pertandingan ini akan diumumkan melalui laman Facebook Oppo didalam masa dua minggu.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Oppo Vietnam dan lebih menarik ianya dibuka kepada kesemua peminat Oppo di seluruh dunia dan apa yang anda perlu lakukan hanya la menyertai permainan yang sangat mudah dan pantas.

Oppo-Find-7-Transformers-Malaysia-prizes

Cara permainan ini adalah, anda perlu mencari suis pengecasan pada robot Transformers yang ditayangkan dan kemudia anda harus menekan butang kekunci pada ‘mouse’ berulang kali sehingga pengecasan bateri penuh. (kurang daripada 30 saat).

Bercakap mengenai spesifikasi, Oppo Find 7 hadir dengan skrin paparan IPS QHD berukuran 5.5-inci , pemproses Snapdragon 801 berkelajuan 2.5GHz, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan pembesar suara stereo dan sudah mula dijual di Malaysia mulai hari ini pada harga RM 1898 selepas Oppo Find 7A mula dijual di Malaysia bulan lalu.

0 comments:

Post a Comment