This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Huawei Mulan Dilancarkan 24 Jun Ini -Mempunyai Sensor Capjari

Telefon pintar Huawei yang dikenali dengan kodnama Mulan bakal dilancarkan tidak lama lagi, dan dan gambar yang memaparkan reka bentuk model ini sudah tersebar.

Gambar model Huawei Mulan ini tersebar di laman sosial China yang standing dengan Twitter dan tidak cukup dengan gambar, beberapa maklumat mengenai spesifikasi model ini juga didedahkan.

Huawei Mulan yang hadir dengan rangka berasakan besi juga mempunyai pengesan cap jari dan diletakkan pada bahagian belakang yang mana ianya sama seperti HTC One Max.
huawei-mulan-malaysia-price-harga
Huawei Mulan dijangka akan dihadir dengan pemproses terbaru Huawei Kirin 920, skrin paparan 1080p 5.0-inci, 3GB RAM, kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 5MP.

Huawei Mula dikatakan akan dilancarkan secara rasmi pada 24 Jun ini dan terdapat sedikit kekeliruan akan nama akhir model ini kerana terdapat laporan sebelum ini yang mengatakan model ini akan dikenali sebagai Huawei Honor 6. Jika telefon pintar ini tergolong didalam model Honor, ianya adalah model dengan harga berpatutan yang diwujudkan untuk bersaing dengan produk Xiaomi.

Walaubagaimanapun, spesifikasi yang dimiliki Huawei Mulan ini dilihat baik dan mungkin menjadi pengganti kepada model Ascend D2 yang dilancarkan tahun lalu. Kami menjangkakan harga penjualan model ini mungkin sekitar RM 1499 – RM 1599 dan mungkin dilancarkan didalam masa sebulan selepas diumumkan secara rasmi.

0 comments:

Post a Comment