Samsung Galaxy Note 4 mungkin antara smartphone atau phablet yang ditunggu-tunggu kemunculannya oleh ramai peminat smartphone Android. Pelbagai khabar angin mengenainya telah pun tersebar dan dikatakan bakal menggunakan spesifikasi tercanggih buat masa ini.
Dalam perkembangan terbaru, beberapa maklumat mengenai spesifikasi Samsung Galaxy Note 4 telah pun tersebar. Screenshot ujian Antutu Benchmark smartphone tersebut menunjukkan spesifikasi yang bakal digunakan oleh phablet terbaik milik Samsung itu.
Jika dilihat pada screenshot yang dikongsikan, Samsung Galaxy Note 4 akan didatangkan dalam 2 variasi iaitu model yang menggunakan prosessor Snapdragon 805 berkelajuan 2.5GHz + Adreno 420 dan juga Samsung Exynos 8 core. Spesifikasi lain ialah kedua-duanya menggunakan skrin dengan resolusi 2K (2560 x 1440 piksel), 3GB Ram, memori dalaman 32GB, kamera belakang 16 megapiksel dan 4 Megapiksel kamera hadapan. Ia akan didatangkan dengan Android 4.4.3 Kit Kat namun mungkin akan ditukar kepada Android 4.4.4 Kit Kat memandangkan Google telah pun mengeluarkan kemaskini untuk sistem operasi mereka.
Samsung sebelum ini telah pun melancarkan variasi Samsung Galaxy S5 terbaru yang dikemaskini dari segi spesifikasinya. Samsung Galaxy S5 LTE-A dilengkapi dengan Snapdragon 805 berkelajuan 2.5GHz dan 3GB ram termasuk skrin Amoled Quad-HD bersaiz 5.1 inci. Smartphone tersebut hanya akan dijual di Korea dan tidak akan dipasarkan ke luar negara.
0 comments:
Post a Comment