This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Apple Memperkenalkan iMac Paling Murah

Apple telah melancarkan desktop model iMac paling murah setakat ini. iMac 21.5 inci ini boleh didapati pada harga RM3,499 untuk model asas.
Apple iMac

Apple telah melancarkan model iMac paling murah yang boleh didapati dengan hanya RM 3,499 atau RM3,349 untuk pelajar. Walaubagaimanapun, ia didatangkan dengan beberapa potongan dari segi spesifikasi. Paling ketara ialah penggunaan pemproses berkuasa rendah dual core 1.4 GHz Intel Core i5 berbanding pemproses quad core 2.7GHz Intel Core i5 yang dilengkapkan pada model paling murah sebelum ini.

Sebagai spesifikasi penuh, iMac termurah ini dilengkapi pemproses 1.4 GHz dual core Intel Core i5 dengan Turbo Boost sehingga 2.7GHz, 8GB LPDDR3 RAM, 500GB ruang storan HDD dan kad grafik Intel HD 5000.

Sebelum anda pergi menempahnya di Apple Store, eloklah jika kita lihat dulu kebaikan dan keburukan serta kumpulan sasaran bagi komputer ini.

Model iMac ini dilengkpai pemproses dual core 1.4 GHz Intel Core i5 yang sama dengan yang terdapat pada Macbook Air, namun tidak seperti Macbook Air, iMac ini tidak dilengkapi ruang storan SSD yang mampu memberikannya prestasi yang lebih hebat.

Tidak seperti model iMac lain yang dilengkapi sekurang-kurangnya kad grafik Iris Pro, ia dilengkapi kad grafin Intel HD 5000, bermakna ia tidak mampu memainkan banyak permainan video berprestasi tinggi seperti Tomb Raider atau Borderlands 2.

Jadi apa yang kami lihat, iMac paling murah ini merupakan sebuah laptop dengan skrin besar dan menyasarkan pengguna pejabat yang ingin memasuki ekosistem Mac OS tanpa membelanjakan wang yang banyak. Walaupun tidak sepantas model iMac lain, dari luarannya ia mempunyai gaya yang sama. Jadi anda masih boleh berbangga memiliki sebuah Mac.

Namun memandangkan hanya ruang storan sahaja yang boleh dinaiktarag, jika anda mahu mejadikannya lebih pantas, penambahbaikan ke Fusion drive digalakkan. Namun ia akan menjadikannya RM850 lebih mahal, menjadikannya lebih mahal dari model iMac Quad Core i5.

0 comments:

Post a Comment