This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Kabel Apple “Lightning” Murah Boleh Merosakkan IPhone & Risiko Kejutan Elektrik

Jika anda masih ingat, hampir 12 bulan lalu terdapat laporan yang mengatakan seorang pramugari terbunuh akibat terkena kejutan elektrik ketika menjawab panggilan pada Apple iPhone 5 beliau.

Didalam beberapa minggu sejak kejadian itu, banyak kejadian yang hampir sama mula dilaporkan dan salah satu penyebab utama perkara INI berlaku adalah kerana pengunaan pengecas yang tidak tulen.

Disebabkan perkara ini, Apple cuba mengurangkan pembelian pengecas murah ini dengan menawarkan program pertukaran selain memberikan maklumat kepada pengguna akan kesan pengunaan pengecas yang tidak mendapat pensijilan kualiti Apple.

Pengecas murahan yang sangat mudah didapati ini tidak mendapat kelayakan yang digelar ‘Made For iPhone’ Dan boleh dikatakan membahayakan nyawa dan telefon pintar anda.

Pengecas murah ini akan menyebabkan kerosakkan pada bahagian komponen yang berkaitan dengan bateri iaitu cip U2 IC yang mengawal pengecasan semula bateri iPhone.


Pengecas murah ini akan membakar cip tersebut dan apabila telefon pintar anda kehabisan bateri sepenuhnya,ianya tidak akan boleh di cas semula walaupun dengan menukar bateri baru.

Masalah pengecas tidak asli ini ialah ianya tidak mengikut kadar pengecasan yang selamat sekaligus memberikan kadar voltan yang berlebihan sehingga membakar cup tersebut.

Kos untuk menukar cip U2 IC ini adalah $100 atau sekitar RM335 dan harga INI adalah lebih mahal berbanding pengecas asli yang dijual pada harga RM79 dan dengan membeli pengecas asli anda bukan sahaja mengurangkan risiko masalah pengecasan malah tindakan ini juga mungkin menyelamatkan nyawa anda.

0 comments:

Post a Comment