This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Samsung Akan Mengeluarkan Peranti Gear VR

Bulan lepas, terdapat ura-ura mengatakan Samsung akan mengeluarkan sebuah peranti VR seperti peranti-peranti Oculus Rift dan Project Morpheus. Samsung kini telah membuat permohonan untuk mendaftarkan tandaniaga nama produk “Gear VR” di pejabat paten dan tanda niaga Amerika.

Peranti Gear VR

Samsung telah memfailkan permohonan untuk mendaftarkan tanda niaga nama produk “Gear VR” di pejabat paten dan tandaniaga Amerika. Permohonan ini tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai produk yang hendak dikeluarkan, namun berdasarkan dua huruf VR dalam namanya, dijangka ia merupakan sebuah peranti reality maya atau Virtual Reality (VR).

Walaupun terdapat nama perkataan “Gear” dalam namanya, tidak semestinya peranti tersebut akan melarikan Tizen OS sebagai OS utamanya. Ini kerana sebelum ini dikatakan Samsung telah membuat persetujuan dengan Oculus VR untuk menggunakan perisian syarikat tersebut dalam perantinya.

Daripada mempunyai skrinnya tersendiri, peranti Samsung ini akan menggunakan telefon pintar sebagai paparan dan akan digunakan untuk bermain permainan video dan memaparkan media. Dikatakan juga Samsung cuba “bermain harga” dengan pesaingnya, satu perkara yang munasabah memandangkan ia menggunakan skrin telefon pintar pengguna sebagai paparan dan ini tentunya menjimatkan kos.

Walaubagaimanapun, jika benar idea Gear VR adalah seperti yang disebutkan, ia bukanlah suatu yang unik, kerana kami telah pun melihat produk yang lebih kurang sama di laman web Kickstarter.com dinamakan Go Show yang menggunakan aplikasi dan sebuah set kepala untuk menukarkan telefo pintar anda menjadi panggung wayang maya. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenainya di laman web Kickstarter.com.

Walaupun kami tidak mengetahui dengan tepat apakah peranti Gear VR ini, ia dikatakan akan dilancarkan dalam tahun ini.

0 comments:

Post a Comment