This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Oppo Melancarkan R3 – Telefon Pintar LTE Ternipis Didunia, RM1182

Tidak lama selepas melancarkan Oppo R6007 atau lebih dikenali sebagai Find 7 Mini, Oppo sekali lagi mencuri tumpuan minggu ini apabila secara rasminya telah melancarkan Oppo R3 yang kini merupakan telefon pintar LTE ternipis didunia. Harus diingat juga Huawei mendakwa Ascend P7 merupakan antara telefon pintar LTE ternipis didunia dan kini sudah mula dijual di Malaysia pada harga RM 1,499.
Oppo-R3-lte-smartphone

Dengan ukuran dimensi 142.3 x 70.4 x 6.3 mm, Oppo R3 merupakan telefon pintar ternipis didalam sejarah Oppo dan lebih membanggakan juga merupakan telefon pintar ternipis didunia walaupun buat masa ini model ini hanya menyokong rangkaian LTE di China sahaja.

Oppo-R3-2-lte-smartphone

Oppo R3 hanya dikelaskan sebagai model dengan harga pertengahan namun ianya masih mempunyai spesifkasi yang menarik. Oppo R3 dilengkapi skrin paparan IPS 720p berukuran 5.0-inci, kamera belakang 8MP, kamera hadapan 5MP, pemproses quad-core Snapdragon 400 berkelajuan 1.6GHz, 1GB RAM, 8GB memori simpanan dalaman, Android 4.3 Jelly Bean dengan ColorOS, bateri berkapasti 2,420 mAh dan mempunyai berat 140gram.

Bercakap mengenai penjualanya, Oppo akan menawarkan R3 ini di China bermula minggu ini pada harga $368 iaitu sekitar RM 1,182. Walaubagaimanapun, setakat ini tiada sebarang pengumuman mengenai akan bila model ini ditawarkan ke pasaran antarabangsa termasuk Malaysia.

0 comments:

Post a Comment