Samsung hari ini secara rasminya telah memperkenalkan empat telefon pintar baru dibawah keluarga Galaxy, iaitu Galaxy Core 2, Galaxy Ace 4, Galaxy Young 2, dan juga Galaxy Star 2. Ke semuanya menggunakan Android 4.4 KitKat, dan turut dilengkapi dengan antaramuka TouchWiz baru daripada Samsung.
Ke empat-empat telefon pintar ini dilihat menyasarkan kepada negara-negara membangun, dimana ia hadir dengan spesifikasi pertengahan dan spesifikasi asas, serta berkemungkinan dijual pada harga mampu-milik.
Galaxy Core II hadir dengan skrin bersaiz 4.5-inci, dilengkapi cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, kamera 5-megapixel dengan LED Flash, serta dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2000mAh. Telefon ini turut hadir dengan sokongan dwi-SIM.
Samsung Galaxy Ace 4 pula merupakan generasi ke-empat keluarga Ace, hadir dengan skrin bersaiz 4-inci, kamera belakang 5-megapixel, cip pemprosesan dwi-teras 1.0GHz, dan dilengkapi bateri berkapasiti 1500mAh.
Samsung Galaxy Young 2 pulla merupakan telefon pintar yang memfokuskan kepada pengguna muda dan pengguna awal, dimana ia hadir dengan skrin bersaiz 3.5-inci, cip pemprosesan 1Ghz, kamera belakang 3-megapixel dan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 1300mAh. Galaxy Young 2 turut hadir dengan lapan permainan Gameloft percuma untuknya.
Dan akhir sekali, Samsung Galaxy Star 2 merupakan peranti dengan spesifikasi paling rendah, menggunakan skrin bersaiz 3.5-inci, dijana dengan cip pemprosesan 1Ghz, kamera belakang 2-megapixel, dan bateri berkapasiti 1300mAh. Seperti Galaxy Young 2, ia turut hadir dengan lapan permainan Gameloft percuma untuknya.
Pihak Samsung masih tidak mengeluarkan sebarang info berkaitan dengan harga jualan dan bilakah ia akan mula dijual di Malaysia buat masa ini. Memandangkan Galaxy Young dan Galaxy Ace generasi sebelum ini agak popular dikalangan pengguna tempatan, tidak mustahil untuk generasi barunya hari ke Malaysia tidak lama lagi.
0 comments:
Post a Comment