This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Huawei Melancarkan 4 Peranti Baru – Serendah RM 499

Selain Ascend P7, Huawei juga melancarkan 4 lagi peranti terbaru mereka yang juga sudah boleh didapati di pasaran tempatan. Antara model yang disebut adalah Huawei X1 7.0, Huawei MediaPad M1 8.0, Ascend G6 dan jam pintar TalkBand B1.

huawei-mediapad-x1-8.0-malaysia

Huawei X1 7.0 hadir dengan skrin paparan full HD IPS yang mempunyai resolusi 1200×1920 piksel dengan kepadatan piksel 323ppi, pemproses quad-core Kirin 910 Cortex A9 berkelajuan 1.6GHz,2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman( menyokong kad microSD sehingga 32GB), kamera belakang 13MP, kamera hadapan 5MP, dan mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh. Terdapat dua jenis model yang ditawarka disini iaitu model LTE dan model 3G yang masing-masing dijual pada harga RM1399 dan RM1299.

huawei-mediapad-m1

Huawei MediaPad M1 8.0 pula hadir dengan skrin paparan IPS beresolusi 1280 x 800, pemproses quad-core berkelajuan 1.6GHz,1GB RAM, 8GB memori simpanan dalaman, kamera belakang 5MP, kamera hadapan 1MP dan mempunyai bateri berkapasiti 4,800mAh.

huawei-G6-LTE-3G-Malaysia

Huawei turut melancarkan satu lagi telefon pintar iaitu Ascend G6, model ini hadir dengan skrin paparan IPS berukuran 4.5-inci dengan resolusi 540 x 960 piksel dan mempunyai kepadatan piksel 245ppi, pemproses Qualcomm Snapdragon 400 berkelajuan 1.2Ghz, 1GB RAM, 8GB memori simpanan dalaman, kamera belakang 8MP, kamera hadapan 5MP, Android 4.3 Jelly Bean dan mempunyai bateri berkapasiti 2,000mAh. Terdapat dua jenis model iaitu LTE dan 3G yang masing-masing kini sudah mula dijual pada harga RM 899 dan RM 749.

huawei-TalkBand-B1

Jam pintar Huawei TalkBand B1 juga telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia, jam pintar ini hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 0.3-inci yang juga merupakan peranti kalis air dan habuk dengan pensijilan IP57. Bateri pada TalkBand B1 ini dikatakan mampu bertahan sehingga 6 hari dengan pengecasan dua jam sahaja. TalkBand B1 ini kini sudah mula dijual di Malaysia pada harga RM 499 dan menariknya peranti ini boleh digunakan bersama-sama peranti Android dan iOS.

0 comments:

Post a Comment