This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

LG G3 Mini Dilaporkan Lebih Kecil Dari LG G2 Mini

Walaupun LG G2 Mini sepatutnya sebuah telefon pintar mini, sai skrin 4.7 incinya tidaklah menggambarkan sebuah telefon pintar kecil. LG dikatakan akan memperbetulkannya dengan bocornya maklumat yang mengatakan telefon pintar mini seterusnya, LG G3 Mini akan mempunyai skrin bersaiz 4.5 inci.

LG G3 Mini

Maklumat baru yang dibocorkan mengatakan telefon pintar mini akan datang, LG G3 Mini akan mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding LG G2 Mini. Ia dilaporkan akan mempunyai saiz skrin 4.5 inci berbanding 4.7 inci pada model G2 Mini. Saiz skrin itu menyamai telefon pintar HTC One Mini 2.

Maklumat terbaru ini datangnya dari satu senarai yang diperolehi di laman web syarikat import/export Zauba, namun laman web ini pernah tersilap sebelum ini, jadi anda seharusnya mempercayai maklumat ini dengan pandangan yang skeptik.

Zauba juga mendakwa spesifikasi telefon pintar mini ini juga telah dikurangkan di mana ia akan dilengkapi pemproses quad core 1.2GHz, 8GB ruang storan dalaman, kamera 5MP dan bateri 2100mAh. Jika benar, kamera dan baterinya telah dikurangkan jika dibandingkan dengan model sebelumnya G2 Mini manakala pemprosesnya tidaklah lebih pantas pun.

Agak mengelirukan kerana biasanya orang akan menjangkakan peningkatan spesifikasi dalam telefon pintar model terbaru, bukan penurunan. Itu merupakan satu lagi sebab untuk mencurigai maklumat yang dibocorkan ini. Tetapi jika maklumat ini benar, agak tidak berbaloi untuk menaiktaraf dari LG G2 Mini kepada LG G3 Mini baru ini, kerana ia tidak kelihatan seperti satu telefon pintar yang berbaloi untuk dimiliki jika anda telah pun memiliki LG G2 mini.

Belum ada maklumat mengenai harga dan tarikh pelancarannya.

0 comments:

Post a Comment