Pelancaran Nokia X di MWC tahun ini nampaknya bukan peranti Android Nokia terakhir. Laporan mengatakan bahawa telefon pintar tersebut akan menerima pengganti, iaitu Nokia X2.
Nokia X2 Akan Dilancarkan Bulan Ini?
Nampaknya Nokia X2 akan menerima penggantinya tidak lama lagi. Sumber-sumber yang bercakap dengan BGR India, mengatakan telefon pintar Nokia X2 akan dilancarkan sekitar 23 Jun ini.
Ini bukan kali pertama berita peranti tersebut muncul di internet. Bulan lepas terdapat khabar mengatakan bahawa telefon pintar itu akan didatangkan dengan butang home khas padanya.
Sejak itu, Nokia X2 itu muncul di laman web AnTuTu.com, yang menunjukkan peranti tersebut akan dilengkapi dengan skrin 4.3 inci 480 x 800, pemproses 1.2 GHz Snapdragon 200, 1GB RAM, GPU Adreno 305, ruang storan 4GB dan kamera utama 5MP. Benchmark tersebut juga menyebut ia dilengkapi kamera hadapan 0.3 MP dan melarikan Android 4.3.
Ini bermakna ia merupakan sebuah telefon pintar berspesifikasi rendah, tetapi lebih berkuasa sedikit berbanding model asal Nokia X. Ramai yang tidak berpuas hati dengan prestasinya, walaupun ia sebuah telefon pintar bajet. Diharap model terbaru ini dapat memperbaiki kelemahannya.
Seperti model asalnya, telefon pintar ini dijangka disasarkan ke pasaran negara-negara membangun. Namun, peningkatan speesifikasinya mungkin bermakna Nokia mungkin merancang memasarkannya di negara yang lebih maju lagi.
Apa pun, sebarang pengumuman rasmi diperlukan untuk mengesahkan kewujudan telefon pintar ini.
0 comments:
Post a Comment