This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Acer Memperkenalkan Tablet Android Iconia One 7 Dan Iconia A1-830 Untuk Pasaran Malaysia

Selain daripada Acer Aspire Switch 10, pihak Acer turut hadir dengan dua tablet baru untuk pasaran tempatan, iaitu tablet Iconia One 7 dan juga Iconia A1-830. Kedua-duanya menggunakan sistem operasi Android, dan dilengkapi cip Intel Atom.
Acer Iconia One 7
Acer Iconia One 7 telah diumumkan oleh Acer pada bulan April lepas, dimana ia menggunakan cip Intel Atom Z2560 1.6Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, skrin bersaiz 7-inci dengan resolusi 1280×800 pixel, dan kamera belakang 2-megapixel. Tablet ini menjalankan Android 4.2 Jelly Bean dengan sedikit perubahan pada antaramuka, dan turut dilengkapi bateri berkapasiti 3680mAh.
Acer Iconia A1-830
Acer Iconia A1-830 pula membawakan skrin bersaiz sedikit besar, iaitu pada saiz 7.9-inci, dilengkapi cip yang sama – Intel Atom Z2560 1.6Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan bateri berkapasiti 4000mAh.

Acer Iconia A1-830 ini pula dijual pada harga RM599 untuk pasaran Malaysia, dan turut hadir dengan beberapa aksesori.

0 comments:

Post a Comment