This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

IPhone 6 5.5″ Akan Hadir Dengan Kapasiti Memori 128GB & OIS

Apple boleh dikatakan hampir pasti akan melancarkan dua model iPhone dengan saiz skrin paparan yang berbeza iaitu 4.7-inci dan 5.5-inci dan jika semalam kami melaporkan bahawa iPhone 6 4.7-inci akan mempunyai harga yang lebih rendah daripada iPhone 5S, hari ini terdapat laporan mengenai model iPhone 5.5-inci yang dikatakan juga akan hadir dengan memori simpanan dalaman 128GB selain optik pengstabilan imej pada kamera.
apple-iphone-5.5-malaysia-harga-price-big

Seperti yang kita sedia maklum, kapasiti memori terbesar bagi iPhone sehingga kini adalah 64GB dan kehadiran iPhone 6 5.5” dengan kapasiti 128GB memberikan kita petunjuk bahawa phablet ini memerlukan lebih banyak ruang simpanan data dan dokumen.

apple-iphone-5.5-malaysia-harga-price

Selain itu, optik pengstabilan imej pada kamera hanya akan ditawarkan pada model iPhone 6 5.5” dan iPhone 6 4.7” tidak akan memiliki ciri OIS ini.

Laporan terbaru ini diterbitkan oleh laman web China Wei Feng dan diambil dari sumber Duetsche Telecom yang mana syarikat telekomunikasi ini melaporkan bahawa kedua-dua model iPhone 6 ini akan diumumkan pada 19 September.

Dengan tarikh pelancaran berbaki dua bulan sahaja, kami pasti lebih banyak maklumat mengenai iPhone 6 ini akan diketahui dan pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini bersama kami.

0 comments:

Post a Comment