This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Nokia X2 vs Nokia X – Apa Yang Menarik ? Ketahui Perbezaannya

Nokia X2, antara smartphone baru yang diperkenalkan minggu ini. Merupakan penyambung kejayaan model terdahulu, Nokia X2 diperkenalkan dengan ciri-ciri dan spesifikasi yang lebih baik berbanding Nokia X.

NOKIA X2 VS NOKIA X

Mempunyai rekabentuk yang hampir sama dengan Nokia X, NX2 menerima beberapa perubahan besar bagi memastikan ia mempunyai prestasi yang jauh lebih baik dan mampu memikat pengguna untuk memilih smartphone tersebut. Masih mengekalkan sifat yang sama iaitu tidak diintegrasi dengan aplikasi milik Google, antara perubahan yang dapat dilihat ialah :

PAPARAN SKRIN

Nokia X2 diperkenalkan dengan skrin yang lebih besar iaitu 4.3 inci berbanding Nokia X yang dilengkapi skrin bersaiz 4.0 inci. Paparan Nokia X2 turut menggunakan teknologi baru iaitu ClearBlack Display menjadikan ia lebih baik terutama jika digunakan di luar bawah sinaran matahari.

SAIZ DAN BERAT

Nokia X2 sedikit lebih berat berbanding Nokia X yang lebih ringan dan kecil.

CIP PEMPROSESSAN

Antara perkara yang membezakan antara kedua model ini ialah, Nokia X2 dilengkapi dengan prosessor yang lebih baik berbanding Nokia X. Prosessor Snapdragon 200 berkelajuan 1.2GHz menjadika Nokia X2 lebih laju serta pantas.

Ram yang diguna pakai turut ditingkatkan kepada 1GB Ram berbanding 512MB ram yang terdapat pada Nokia X.

KAMERA

Kamera pada Nokia X2 ditambah baik dimana kini ia dilengkapi dengan kamera 5 megapiksel dan juga disertakan dengan kamera hadapan dengan resolusi VGA bagi tujuan Skype.Berbeza dengan Nokia X, model lama tersebut mempunyai kamera 3 megapiksel tanpa kamera hadapan.

ANTARAMUKA, REKABENTUK, SOFTWARE

Nokia X2 menggunakan Nokia platform 2.0 yang ditambah baik, lebih laju dan memfokuskan kepada fungsi “multi-tasking”. Ianya juga dikatakan lebih smooth dengan beberapa perubahan antaramuka yang lebih menarik.

Malangnya, bagi pengguna Nokia X yang menggunakan Nokia Platform 1.0, anda tidak akan menerima kemaskini Platform 2.0 atas alasan kedua-dua model tersebut mempunyai hardware yang berbeza dan Nokia X tidak menyokong Nokia Platform 2.0.

KESIMPULAN

Memandangkan Nokia X2 merupakan versi Nokia X yang ditambahbaik dari beberapa segi, tidak banyak perubahan yang dilakukan. Walaubagaimanapun, perubahan yang ada menjadikan Nokia X2 berbaloi untuk dimiliki.

Prosessor yang lebih baik serta laju, antaramuka serta software yang dikemaskini dan jauh lebih baik namun mengekalkan harga yang sama seperti model terdahulu, anda tidak harus teragak-agak untuk berhijrah daripada model lama kepada Nokia X2.

0 comments:

Post a Comment