This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Xiaomi Mi 3

Xiaomi yang telah masuk ke pasaran Malaysia pada bulan lalu akan mengadakan sesi penjualan peranti Mi 3 dan Mi Power Bank esok. Setelah beberapa fasa penjualan ia dilihat sebagai satu prestasi yang memberangsangkan dan hari ini mereka mengumumkan akan menjual Mi 3 pada harga khas RM769 untuk versi warna Metallic Gray.

Harga khas yang ditawarkan adalah bersempena musim panas sepertimana kebiasaan negara-negara lain. Ia dijual pada RM769 berbanding harga asal RM889. Buat masa ini kami masih tidak mengetahui sehingga bilakah Mi 3 akan dijual pada harga khas ini dan untuk penjualan esok, sebanyak 7,000 unit ditawarkan dan semestinya akan habis dalam masa singkat sepertimana penjualan terdahulu.

0 comments:

Post a Comment