This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Acer Malaysia Memperkenalkan Aspire Switch 10 Di Malaysia – Berharga RM1399

Acer Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan peranti dua-dalam-satu mereka yang terbaru, iaitu Aspire Switch 10. Peranti yang boleh diubah daripada komputer riba kepada tablet ini dijual pada harga RM1399 di Malaysia.
Acer Switch 10

Acer Aspire Switch 10 ini dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Atom 1.33Ghz, menggunakan memori sebanyak 2GB RAM, dilengkapi skrin sentuh bersaiz 10.1-inci dan menyertakan kamera hadapan 2-megapixel.

Menariknya mengenai peranti dua-dalam-satu ini, ia menggunakan Windows 8.1, sekaligus membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugasan menarik dan memasang perisian seperti pada komputer biasa – berbanding peranti Windows RT.

Selain Aspire Switch 10, pihak Acer turut memperkenalkan beberapa peranti lain, termasuk dua tablet berasaskan Android.
Acer Switch 10

0 comments:

Post a Comment