Jika anda lihat telefon pintar keluaran syarikat USA dan Jepun, anda mungkin menyedari bahawa telefon pintar keluaran syarikat US (dan juga China) banyak menekankan prestasi telefon pintar, manakala telefon pintar Jepun, sejak dulu lagi memfokuskan pada penampilan yang bergaya. Memperkenalkan Sharp Aquos Crystal.
Sharp Aquos Crystal merupakan sebuah telefon pintar tahap sederhana yang akan dijual di US pada harga USD 240 (lebih kurang RM740), namun walaupun harganya rendah, itu bukan tarikan utamanya. Tarikan utamanya adalah skrin tanpa bingkai 5 inci 720p yang dilengkapkan padanya. Secara jujur, ia mempunyai sedikit bingkai yang kelihatan, namun secara umumnya ia kelihatan hampir tiada bingkai padanya.
Walaupun ia nampak sangat cool namun ada beberapa persoalan yang timbul seperti, di manakah speaker yang biasanya terletak di bahagian atas? Sharp berkata ia menggunakan penerima gelombang langsung yang menggetarkan skrin pada telinga untuk memindahkan bunyi. Anehnya, kamera hadapan 2MP diletakkan di bahagian bawah telefon pintar, jadi mengambil selfie mungkin sukar sedikit. Bahagian badan selebihnya diperbuat dari plastik .
Ia dilengkapi pemproses Snapdragon 400, 1.5GB RAM dan ruang storan 8GB dengan sokongan slot kad micro SD. Kamera 8MP padanya bukanlah yang terbaik tetapi cukuplah untuk menangkap gambar sehari-harian. Ia juga dilengkapi kebolehan LTE dan pemprosesan Audio Harmon Kardon.
Walaubagaimanapun, tidak diketahui samada telefon pintar ini akan dijual di luar US atau tidak.
0 comments:
Post a Comment