This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Skrin Sapphire Hanya Untuk iPhone 6 Premium?

Apple dikatakan akan mengeluarkan versi khas dua telefon pintar iPhone 6 keluarannya yang dilengkapkan dengan skrin sapphire, di mana bahan berkos tinggi itu akan digunakan bagi memaksimumkan penjenamaan premium telefon pintar tersebut.

ScreenBreak-01-578-80

Wall Street Journal yang memetik sumber yang arif tentang perkara berkenaan berkata Apple sedang memutuskan samada ia akan mengkhaskan skrin sapphire yang sangat tahan lasak hanya untuk varian premium perantinya yang dijangka akan dilancarkan pada bulan Septermber ini.

Sebab utama kesukaran untuk membuat keputusan ialah peningkatan kos yang akan dialami syarikat tersebut. Laporan tersebut menyebut sekeping skrin sapphire berkos USD13, manakala sekeping Gorila Glass hanya berkos USD3.

Ini boleh menyebabkan peningkatan kos buatan iPhone 6 akan melangkaui kos buatan iPhone 5S, jadi mengasingkan varian iPhone 6 antara varian premium dengan yang tidak dilengkapi skrin itu kelihatan seperti keputusan yang munasabah.

Namun, mempunyai beberapa varian untuk produk yang sama tidak kelihatan seperti tabiat semulajadi Apple, jadi agak mustahil juga jika Apple memutuskan untuk membangun produknya ke arah ini.

Persoalan yang timbul adalah samada Apple akan menggunakan skrin tersebut dalam keseluruhan model iPhone 6nya. Sesetengah mengatakan Apple tidak akan langsung menggunakannya, namun Wall Street Journal mengatakan sebaliknya.

Ia mendakwa Apple akan melengkapkan skrin sapphire bukan sahaja pada iPhone 6, malah juga pada iWatch dan skrin tersebut akan siap dikilang menjelang penghujung bulan ini. Pelancaran iPhone 6 dikatakan akan dilakukan pada 9 September, bermakna tidak lama lagi kita akan mengetahui keputusannya.

0 comments:

Post a Comment