This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Apple Akan Menggantikan Bateri iPhone 5

Tidak dapat dinafikan bahawa kebolehan untuk menyimpan cas bateri sesebuah telefon pintar akan semakin menurun, semakin lama ia digunakan. Jadi melihat Apple mengambil tindakan terhadap isu ini, boleh disimpulkan bahawa isu bateri iPhone 5 agak serious.

Bateri iPhone 5

Apple telah mengesahkan sesetengah bateri dalam iPhone 5 yang dikeluarkannya mempunyai kecacatan di mana selepas satu ketika, baterinya akan kehabisan cas lebih cepat dari biasa dan perlu dicas semula dengan lebih kerap. Kini ia telah melancarkan program rasmi untuk mengantikan bateri-bateri tersebut.

Apple akan menggantikan bateri tersebut secara percuma jika iPhone 5 yang dibeli pelanggan telah dibeli dari September 2012 hingga Januari 2013 dan mempuyai nombor siri dalam julat tertentu. Syarikat itu berkata ia hanya melibatkan sebahagian produknya dan pengguna digalakkan memeriksa terelbih dahulu jika iPhone mereka termasuk dalam produk yang mengalami kecacatan.

Pengguna boleh mengesahkannya dengan melayari laman web ini.

Apple akan juga membayar semula pelanggannya yang telah menggantikan bateri tersebut mengunakan wang mereka sendiri, tetapi jika iPhone 5 mereka mempunyai skrin yang telah retak, Apple akan mengenakan caj untuk membaiki skrin tersebut sebelum menggantikn baterinya secara percuma.

Program itu bermula di China dan US pada 22 Ogos lepas dan akan dimulakan di negara-negara lain pada 29 Ogos ini. Bagi mereka yang memiliki iPhone 5 diminta mengambil perhatian kepada isu ini dan tarikh progam bermula.

1 comment:

  1. Nice and quite informative post. I really look forward to your other posts.
    Alienware Laptops

    ReplyDelete