This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Nexus 6 Dari Motorola Akan Hadir Dengan Dua Speaker Pada Bahagian Hadapan

Lanjutan daripada gambar lakaran sebelum ini, hari ini sebuah imej gambaran baru hadir ke web, memperlihatkan secara kasar bagaimanakah Nexus 6 daripada Motorola akan kelihatan kelak.


Seperti diperkatakan sebelum ini, Nexus 6 ini bakal menggunakan skrin bersaiz 5.9-inci dan hadir dengan paparan resolusi QHD. Ia turut dikatakan akan menggunakan kamera 13-megapixel dan dilengkapi dengan penstabilan imej optikal seperti pada beberapa peranti lain dipasaran. Dari segi bateri, Nexus 6 dijangka akan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3200mAh.

Selain daripada spesifikasi, pada imej gambaran yang hadir ke web ini juga, ia memperlihatkan penggunaan ikon baru – yang bakal dibawakan oleh Android L kelak.

Buat masa ini, pihak Google masih belum mengumumkan sebarang acara pelancaran rasmi untuk Android L mahupun Nexus. Dengan hadirnya bulan Oktober ini, mungkin kita dapat lihat apakah yang akan dibawakan oleh Google kelak bersama-sama rakan kerjasama mereka.

Selain Motorola untuk telefon pintar Nexus, Google turut dikatakan bekerjasama dengan pihak HTC untuk tablet Nexus baru.

0 comments:

Post a Comment