This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

OnePlus “Two” Dijangka Akan Hadir Sekitar Pertengahan Tahun Hadapan

OnePlus One sedia menjadi salah satu telefon pintar popular dikalangan peminat Android pada tahun ini – walaupun ia tidak ditawarkan secara meluas. Bergerak kehadapan, pengeluarnya dijangka akan menamatkan sistem jemputan dan membolehkan lebih ramai mendapatkannya secara terbuka.

Selain daripada itu, dengan arena telefon pintar yang bergerak pantas, kini ia turut dilihat mereka telah memulakan perancangan untuk peranti generasi kedua, yang mana mungkin dikenali dengan nama OnePlus “Two”.

Melalui soal-jawab Reddit, pihak OnePlus mengatakan yang mana mereka menyasarkan untuk memperkenalkan OnePlus “Two” sekitar suku kedua atau ketiga 2015 kelak.

Seperti biasa, tiada sebarang perkara berkaitan dengan spesifikasi yang akan ditawarkan, selain turut tidak diketahui sama ada mereka akan mengekalkan sistem jemputan ataupun sebaliknya.

Apa pun, mungkin untuk generasi baru peranti tersebut kelak, kita mungkin akan dapat melihat ia turut ditawarkan untuk pasaran Malaysia secara rasmi – memandangkan mereka telah pun mula mencari pengurus besar untuk memantau aktiviti jualan dan pemasaran di Malaysia.

0 comments:

Post a Comment