This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Waze Kini Membolehkan Pengguna Menambah Info Lokasi Bersama Gambar

Waze sedia popular dikalangan ramai pengguna sebagai aplikasi navigasi yang turut dikemaskini dengan info trafik semasa. Kini, Waze yang dimiliki Google melangkah setapak kehadapan dengan turut membawakan sebuah fungsi baru dinamakan sebagai Places.


Melalui fungsi baru ini, pengguna boleh menambah data mengenai sesuatu lokasi – lebih memfokuskan kepada info berkaitan kedai atau kawasan perumahan, selain turut menambah gambar untuk lokasi berkenaan. Dengannya, ia sekaligus memudahkan pengguna lain untuk merujuk ke lokasi berkenaan apabila mereka ingin ke sana.

Dengan fokus terhadap komuniti, pengguna lain turut boleh menambah info yang telah ditinggalkan oleh pengguna yang menambah info tersebut pada awalnya. Disamping itu, beberapa info tambahan seperti lokasi parkir dan sebagainya turut boleh ditambah melalui fungsi baru ini.

Fungsi ini hanya diperkenalkan untuk pengguna Android dan iOS sahaja buat masa ini..


0 comments:

Post a Comment