Penantian pelancaran Nexus 9 semakin hangat dengan pendedahan satu gambar yang dipercayai tablet tersebut. Gambar yang dibocorkan @upleaks, ini memaparkan rekabentuk peranti tersebut.
Pengguna Twitter dengan nama @upleaks telah mendedahkan satu gambar yang dipercayai gambar tablet terbaru Nexus 9 yang dijangkan hadir tidak lama lagi. Gambar tersebut memaparkan rekabentuk peranti tersebut yang lebih lepbar daripada kebanyakan tablet di pasaran, menjadikanya kelihatan seakan segi empat sama.
Gambar tersebut merupakan gambar yang ditangkap dari belakang peranti itu sekaligus memperlihatkan kamera belakangnya yang dilengkapi flash LED serta beberapa lubang misteri yang disebut dalam maklumat yang dibocorkan sebelum ini dimana ia dibocorkan sebagai Nexus 8.
Logo HTC juga kelihatan pada bahagian belakangnya, sekaligus mengesahkan HTC merupakan pengeluar yang diberi kepercayaan oleh Google untuk menghasilkan tablet Nexus itu. Lawatilah laman twiter @upleaks untuk meluhat gambar penuh.
@upleaks bagaimanapun tidak menyebut bila tablet ini akan dikeluarkan, namun terdapat sumber yang mengatakan ia akan dilancarkan sekitar 15/16 Oktober ini. bermakna dalam masa satu minggu setengah, kita mungkin akan mengetabui samada maklumat ini benar atau palsu.
Nice and quite informative post. I really look forward to your other posts.
ReplyDeleteGateway Laptops