Seperti yang kita semua sedia maklum, masalah bateri adalah sesuatu yang pasti menghantui kesemua pengguna telefon pintar dan tablet. Walaupun kapasiti bateri pada telefon pintar dan tablet semakin tinggi namun masalah ini tetap hadir. Disini kami memberikan anda beberapa cara untuk mengecas bateri peranti anda dengan lebih pantas dan secara efisen.
1. Letakkan peranti anda didalam ‘Airplane Mode’ atau matikanya
Cara ini mungkin bukan sesuatu yang baru untuk dibincangkan, namun untuk pengetahuan anda, peranti anda masih menggunakan tenaga bateri yang kecil ketika didalam mod ‘stanby’ namun jika ada meletakkan peranti anda didalam mod ‘Airplane’ ianya akan hampir kesemua fungsi utama peranti tersebut sekaligus mempercepatkan lagi pengecasan. Selain itu, adalah lebih baik jika anda boleh mematikan terus peranti anda kerana pengunaan bateri akan menjadi 0%. Harus diingatkan juga bahawa cara ini mungkin tidak berkesan pada sesetengah peranti.
2.Caj bateri anda dari sumber elektrik utama dan bukan melalui USB
Ini adalah satu yang kita jarang amalkan kerana kita lebih biasa mengecaj peranti kita melalui komputer peribadi terutamanya di pejabat namun untuk pengetahuan anda, pengecasan ini pasti mengambil masa yang lama. Sebagai perbandingan, port USB 2.0 pada sesuatu komputer hanya memberikan 0.5amps tenaga manakala port USB 3.0 memberikan 0.9amps yang mana ianya adalah kurang jika dibandingkan dengan pengecasan tradisional. Pengecasan secara terus memboleh pengecasan dilakukan pada kadar yang lebih cepat kerana tenaga elektrik yang diberikan adalah pada kadar 1.0 amps manakala bagi tablet adalah 2 amps.
3.Guna pengecas yang menawarkan amps yang tinggi
Lebih tinggi amps yang diberikan oleh sesuatu pengecaj lebih cepat peranti anda akan dicaj. Kami mencadangkan anda mencari pengecaj yang menawarkan kadar pengaliran tenaga yang lebih tinggi.
4.Gunakan port USB Mac ( untuk peranti iPhone dan iPad)
Jika anda tidak mempunyai sumber elektrik dan anda memiliki peranti iPhone atau iPad, pengecasan melalui komputer Apple Mac kerana model Mac yang baru mampu mengesan peranti Apple dan memberikan tenaga pengecasan yang lebih tinggi berbanding biasa iaitu pada kadar 1.1 amps.
5.Gunakan perisian asli untuk meningkatkan kadar pengaliran tenaga melalui port USB.
Seperti yang kami perkatakan, hampir kesemua komputer menawarkan 0.5-0.9 amps melalui port USB namun terdapat beberapa pengeluar komputer yang menawarkan perisian khas yang membolehkan jumlah amps ditingkatkan untuk pengecasan yang lebih pantas. Contoh yang boleh kami sebut adalah, aplikasi Windows yang dikenali sebagai ‘Ai charger’ yang terdapat pada komputer keluaran Asus. Kami mengingatkan anda supaya hanya menggunakan perisian yang disahkan selamat oleh pengeluar komputer anda.
6.Pengecas Dual USB
Ini adalah kable micro USB yang membolehkan anda menggunakan tenaga dari dua port USB secara serentak dan mampu mengecas telefon pintar atau tablet anda pada kadar dua kali lebih pantas.
0 comments:
Post a Comment