This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

iStick : Pendrive Untuk Peranti iOS

Adakah anda seorang pengguna peranti iOS? Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anda kehabisan ruang storan untuk menyimpan muzik, gambar atau video dalam peranti anda? iStick merupakan solusi kepada masalah anda. Ia merupakan sebuah pendrive yang dilengkapi penyambung Lightning, membolehkan ia disambungkan kepada iPad, iPod Touch atau iPhone.

iStick


iStick merupakan sebuah pendrive yang dilengkapi penyambung Lightning yang membolehkan pengguna menyambungkannya kepada iPhone, iPad dan iPod Touch, di samping menyokong mana-mana komputer yang dilengkapi Window atau MacOS.

Berbanding menghantar data ke peranti iOS menggunakan penyegerakan dengan iTunes, penggunaan iStick lebih pantas dan anda boleh berkongsi kandungan dengan lebih dari satu peranti iOS dengan pantas sepertimana anda menggunakan pendrive.

Dengan menawarkan ruang storan sebanyak 8GB hingga 128GB, ia juga merupakan satu cara yang lebih selamat dari menyimpan data dan gambar anda di perkhidmatan ruang storan cloud yang mungkin boleh digodam atau dipantau.

Penggunaannya mudah. Sambungkan peranti tersebut kepada komputer anda, ia akan menyambung sepertimana pendrive biasa dan akan muncul sebagai “USB Drive” pada desktop komputer anda. Salin semua dokumen, fail muzik atau filem ke dalam iStick tersebut dan kemudian tanggalkannya.

Kemudian sambungkannya kepada peranti iOS anda. Dengan menggunakan aplikasi iStick percuma, anda boleh mengakses fail pada peranti tersebut. Anda boleh samada memainkan muzik, menonton filem atau membuka dokumen terus dari peranti tersebut atau menyalin keluar fail-fail tersebut ke dalam peranti iOS atau menyalin masuk fail dalam peranti iOS ke dalam iStick.

iStick sedang mencari pembiayaan orang ramai melalui laman web Kickstarter,com. Pada masa penulisan artikel ini ia telah berjaya mengumpul dana sebanyak USD 748,863 dengan hanya 20 hari masa mencari pembiayaan tinggal. Agak membanggakan memandangkan ia menyasarkan hanya USD100,000 pada awalnya. 

Bergantung kepada pakej sokongan anda, anda boleh mendapatkan peranti ini pada jumlah sokongan serendah USD65 (8GB) sehingga USD299 (128GB).

0 comments:

Post a Comment