This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Membawakan Sokongan Menyimpan Fail Terus Ke Google Drive

GMail merupakan salah satu perkhidmatan emel yang digunakan secara meluas oleh ramai pengguna web. Terkini, pihak Google telah memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi GMail untuk Android, dimana bersama-sama dengannya ia turut menyertakan beberapa fungsi baru.


GMail untuk Android yang baru ini masih tidak membawakan sebarang perubahan drastik dari segi antaramuka seperti Google+ sebelum ini. Apa pun, salah satu sokongan baru yang hadir adalah integrasi dengan Google Drive.


Kini, pengguna boleh memilih untuk melihat sesuatu dokumen yang dihantar bersama-sama emel terus pada peranti mereka, ataupun memilih untuk menyimpannya pada Google Drive. Dengan membuat pilihan menyimpan ke Google Drive, ia akan memudahkan pengguna untuk membuat carian fail pada masa akan datang, disamping sync semua dokumen ke komputer dan peranti anda yang dipasang dengan Google Drive.

Selain sokongan integrasi Google Drive, pihak Google turut dilihat memudahkan pengguna mengakses menu navigasi dengan hanya swipe dari bahagian kiri, selain beberapa kemaskini kecil yang lain.

Bagi pengguna peranti Android, anda boleh mengemaskini aplikasi GMail anda, dan menggunakan fungsi baru yang disertakan bersama-sama dengannya ini.

0 comments:

Post a Comment