This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

HyppTV Tiada Hak Penyiaran FIFA World Cup 2014 – Saluran RTM Di HyppTV Akan Digelapkan

Telekom Malaysia hari ini telah berkongsi sedikit perkembangan berkaitan HyppTV, terutamanya memfokuskan kepada penyiaran FIFA World Cup 2014. Bercakap mengenainya, HyppTV tidak berjaya menerima hak penyiaran untuk FIFA World Cup 2014, sekaligus tidak akan disiarkan melalui platform mereka.

HyppTV Bos


HyppTV merupakan perkhidmatan IPTV daripada Telekom Malaysia, dimana ditawarkan bersama-sama pakej UniFi dan juga Streamyx. Memandangkan mereka baru beberapa tahun sahaja memasuki pasaran, ia dilihat mereka telah terlepas bidaan untuk hak penyiaran FIFA World Cup 2014 sebelum ini.

Apa pun, ia dilihat pihak HyppTV juga tidak berjaya mendapat kerjasama daripada beberapa pihak lain untuk penyiaran perlawanan bola sepak yang dinantikan ramai itu melalui platform mereka.

Bertambah sedih lagi adalah kerana saluran RTM yang mempunyai perlawanan FIFA World Cup 2014 akan digelapkan di HyppTV ketika siaran perlawanan tersebut ditayangkan. Pihak Telekom Malaysia dilihat agak kecewa dengan perkembangan ini, memandangkan saluran RTM adalah berkonsepkan FTA (Free-To-Air), dan sepatutnya mereka membuka siaran mereka untuk diakses melalui perkhidmatan HyppTV tanpa sebarang masalah.

Pihak Telekom Malaysia turut menekankan yang mana mereka berdiri disebalik prinsip yang mana kandungan di saluran FTA sepatutnya percuma dan tidak perlu digelapkan seperti dilakukan sekarang.

TM HyppTV

Di Malaysia, pihak Astro mempunyai hak eksklusif untuk siaran semua 64 perlawanan langsung bola sepak FIFA World Cup 2014, sebaliknya RTM pula mempunyai hak penyiaran untuk 35 perlawanan langsung dan tertunda.

Selain HyppTV, Media Prima juga dilihat tidak mmpunyai hak penyiaran untuk perlawanan bola sepak FIFA World Cup 2014, termasuk ABN Access.

Sebagai ganti untuknya, pihak HyppTV dilihat akan menawarkan beberapa kandungan secara percuma untuk para pelanggan mereka, termasuk saluran HyppTV 888 yang menyiarkan pelbagai filem Malaysia (12 Jun hingga 13 Julai), dan juga saluran RTL CBS Extreme HD selama tiga bulan (bermula 1 Jun hingga 31 Ogos).

0 comments:

Post a Comment