This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Intel Malaysia Berkongsi Mengenai SoFIA 3G Yang Bakal Hadir Pada Tahun Ini

Selain memperlihatkan beberapa peranti dengan cip Intel, hari ini, pihak Intel juga turut menyentuh secara ringkas mengenai salah satu cip yang akan hadir daripada Intel, dikenali dengan nama kod “SoFIA 3G”.

Intel SoFIA merupakan cip berasaskan kepada Atom, yang mana menyasarkan kepada telefon pintar dan juga tablet dengan spesifikasi asas dan berharga murah.

 Intel Sofia 3g
Intel Sofia 3G

Seperti semua sedia maklum, peranti pada harga rendah menjadi fokus ramai pengeluar akhir-akhir ini, apatah lagi memudahkan ia untuk dijual kepada pasaran negara-negara membangun.

Cip SoFIA ini dikatakan akan hadir dalam variasi 3G sahaja terlebih dahulu, dan akan diperluaskan dan ditambah dengan sokongan LTE pada tahun hadapan – 2015.

Memandangkan ia disasarkan pengenalan pada penghujung tahun ini, maka mungkin kita akan dapat melihat peranti-peranti yang menggunakannya memasuki pasaran tempatan sekitar awal tahun hadapan kelak.


Mungkinkah Intel dapat menyaingi beberapa pengeluar lain, termasuk MediaTek melalui penawaran mereka kelak?

0 comments:

Post a Comment