Samsung mempunyai empat peranti boleh-pakai mereka dipasaran, iaitu Galaxy Gear, Gear 2, Gear 2 Neo dan juga Gear Fit. Kini, lanjutan daripada beberapa desas-desus sebelum ini, ia dilihat Samsung benar-benar akan memperkenalkan jam tangan pintar dengan sokongan telefon mereka tidak lama lagi.
Buat masa ini, semua jam tangan pintar Samsung memerlukan sambungan ke telefon pintar untuk berfungsi sepenuhnya. Peranti baru yang bakal diperkenalkan ini sebaliknya akan menyertakan ruangan kad-SIM tersendiri, sekaligus membolehkan ia digunakan tanpa perlu dihubungkan ke telefon pintar lain.
Seperti beberapa model sedia ada lain, jam tangan pintar baru daripada Samsung ini turut dikatakan akan menyertakan sokongan merakamkan gambar, menghantar emel, selain disertai GPS, Bluetooth dan juga sensor untuk menilai denyutan jantung. Untuk platform operasi, jam tangan pintar ini bakal menggunakan Tizen – seperti digunakan pada Gear 2.
Menurut WSJ, jam tangan pintar baru ini bakal diperkenalkan sekitar Jun atau Julai tahun ini.
0 comments:
Post a Comment