This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Lenovo Malaysia Memperkenalkan Enam Peranti Android Baru untuk Pasaran Tempatan

Lenovo Malaysia MediaTek
Lenovo Malaysia hari ini memperkenalkan beberapa telefon pintar baru daripada mereka yang menjalankan sistem operasi Android, selain mana turut dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek.
  
Menjadi fokus utama adalah Lenovo S860, yang mana menggunakan cip pemprosesan empat-teras MTK6582M 1.3GHz, memori sebanyak 2GB RAM, skrin bersaiz 5.3-inci, dan dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh. Lenovo S860 turut menyertakan kamera 8-megapixel pada bahagian belakang. Ia dijual pada harga +-RM1169 di Malaysia.

Selain Lenovo S860, pihak Lenovo Malaysia turut memperlihatkan Lenovo S650 yang mana turut dilengkapi cip pemprosesan sama, tetapi membawakan skrin bersaiz 4.7-inci, memori 1GB RAM, dan bateri berkapasiti 2000mAh. Ia menggunakan kamera 8-megapixel seperti S850, tetapi hanya menawarkan ruangan storan sebesar 8GB sahaja. Peranti ini dijual pada harga saranan +-RM699 di Malaysia.

Dan bagi mereka yang inginkan peranti pada harga rendah dan skrin bersaiz besar, Lenovo Malaysia menawarkan Lenovo S680 yang mana menggunakan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan empat-teras yang sama, memori 1GB RAM, bateri berkapasiti 2000mAh dan ruangan storan sebesar 4GB. Peranti yang menggunakan kamera blakang 5-megapixel ini dijual pada harga saranan +-RM499 di Malaysia.

Terdapat beberapa peranti yang sedia ditawarkan di Malaysia sejak beberapa minggu yang lepas. Selain ketiga-tiga peranti ini, Lenovo Malaysia juga turut membawa masuk Lenovo S660 pada harga +-RM749, Lenovo A859 pada harga +-RM719 dan Lenovo A526 pada harga +-RM469.

0 comments:

Post a Comment