This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

LG G3 Vs Samsung Galaxy S5 – Yang Mana Lebih Baik?

lg-g3-vs-samsung-galaxy-s5-malaysia-design
Samsung Galaxy S5 yang telah mula dijual di Malaysia awal bulan lalu kini dilihat semakin tergugat penguasaan pasaranya kerana LG telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu G3 yang dilihat mempunyai spesifikasi dan banyak ciri yang lebih hebat berbanding Galaxy s5. Berikut adalah perbandingan antara dua model ini.

Reka Bentuk

Walaupun masih dilihat mempunyai reka bentuk yang sama seperti model Galaxy S4, S5 dikatakan telah matang dan hadir dengan reka bentuk yang lebih premium dan menampilkan bahagian belakang yang mempunyai lekukan kecil seperti bola golf yang memudahkan anda menggunakan telefon pintar ini dengan satu tangan namun ianya masih plastik. Samsung Galaxy S5 juga merupakan telefon pintar yang kalis air dan habuk. Walaupun hadir dengan reka bentuk yang lain terdapat laporan yang mengatakan bahawa Samsung akan melancarkan Galaxy S5 Prime 12 Jun ini.

LG G3 ini direka bentuk berasaskan polikarbonat dan mempunyai satu salutan khas yang memberikan kemasan seperti besi. Selain itu, polikarbonat ini juga kalis calar dan kesan capjari namun tiada teknologi yang mampu menghilangkan calar seperti pada LG G Flex. Harus juga diingatkan bahawa telefon pintar ini tidak kalis air dan habuk seperti Galaxy S5

Dengan penggunaan polikarbonat ini, LG berjaya mengekalkan berat keseluruhan model ini pada 150gram dan mempunyai ukuran 146.3 x 74.6 x 8.9 mm yang dilihat sangat kompak bagi telefon pintar dengan skrin paparan 5.5-inci.

lg-g3-vs-samsung-galaxy-s5-malaysia-screen

Skrin Paparan

Tahun 2014 dilihat adalah tahun yang akan menjadi tempoh yang sesuai untuk pengeluar telefon pintar beralih kepada skrin paparan QHD namun Samsung bertindak untuk melancarkan Galaxy S5 dengan skrin paparan 1080p sahaja. Walaubagaimanapun, skrin paparan ini masih dilihat antara yang terbaik dipasaran.

Samsung Galaxy S5 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED HD berukuran 5.1-inci dengan resolusi 1980 x 1080 yang memberikan kepadatan piksel 431 ppi.

LG G3 pula dengan bangganya hadir sebagai telefon pintar pertama selain dari China dengan skrin paparan QHD. telefon pintar LG ini memiliki skrin paparan QHD ‘True HD-IPS+ LCD’ yang mempunyai kepadatan piksel 534ppi. LG juga turut mendakwa bahawa terdapat perbezaan ketara yang boleh dilihat antara skrin paparan ini berbanding skrin paparan Full HD.

lg-g3-vs-samsung-galaxy-s5-malaysia-specs

Spesifikasi

Samsung dilihat tidak begitu agresif pada bahagian ini kerana hanya sedikit perubahan diberikan iaitu Galaxy S5 kini hadir dengan pemproses quad-core Qualcomm Snapdragon 800 berkelajuan 2.5GHz, 2GB RAM dan disertakan dengan UI TouchWiz yang baru serta Android 4.4.2 KitKat. Walaupun hanya 2GB RAM, ini dilihat sudah mencukupi kerana tidak banyak perbezaan yang boleh dilihat secara kasar. S5 hadir dengan 16GB memori simpanan dalaman dan menyokong kad microSd sehingga 128GB.

LG G3 hadir dengan pemproses Snapdragon 801 berkelajuan 2.5Ghz, Adreno 330 GPU dan sedikit berlainan pada model ini adalah, model 16GB akan hadir dengan 2GB RAM manakal model 32GB akan hadir dengan 3GB namun kedua-dua model ini masih menyokong kad memori microSD sehingga 128GB.

lg-g3-vs-samsung-galaxy-s5-malaysia-camera

Kamera

Samsung sedar akan kepentingan kamera pada telefon pintar dan telah melengkapkan Galaxy S5 dengan kamera belakang 16MP manakala kamera hadapan adalah 2MP. Lebih menarik pada kamera ini adalah, ianya mampu merakam video 4K yang membawakan resolusi 2160p.

LG G3 ini mempunyai kamera 13MP dengan OIS dan disertakan dengan dual flash LED serta satu laser khas yang mengukur jarak dan mempercepatkan autofokus. Kamera hadapan pada telefon pintar ini adalah 2MP yang mempunyai lensa yang lebih besar berbanding pada kamera belakang kerana LG sedar kepopularan pengguna mengambil gambar ‘selfie’.

lg-g3-vs-samsung-galaxy-s5-malaysia-harga-price

Harga

Harga penjualan Samsung Galaxy S5 ketika pelancaran adalah RM 2399 namun harga penjualan pasaran pada masa ini dilihat sekitar RM 2000-RM 2200 dan lebih menarik, Samsung Galaxy S5 kini ditawarkan didalam warna biru dan emas.

Walaupun tiada sebarang pengumuman dibuat mengenai harga, LG G3 dijangka akan dijual pada harga yang sama seperti S5 iaitu RM 2399. Selain itu, tarikh penawaran model ini juga belum diketahui namun LG berjanji penjualan model ini akan lebih pantas berbanding model G2

lg-g3-winner

Yang Mana Patut Anda Beli?

Bagi kami, LG G3 dilihat sesuatu yang harus dimiliki memandangkan telefon pintar ini memiliki hampir kesemua teknologi terbaru dan secara keseluruhanya juga mempunyai reka bentuk yang lebih elegan dan premium berbanding Galaxy S5.

0 comments:

Post a Comment