This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

BlackBerry 10.3 Dilihat Akan Turut Membawakan Penggunaan Ikon Yang Baru

BlackBerry 10.3 merupakan kemaskini kepada platform Blackberry yang dijangka hadir pada penghujung tahun ini. Bersama-sama dengannya, pihak BlackBerry dilihat ingin membawa beberapa perubahan, termasuk dari segi antaramukanya.

BlackBerry 10.3 Ikon

Melalui gambar sebelum ini, kita sedia lihat yang mana pihak BlackBerry membuang bahagian kotak berwarna gelap dibelakang ikon, dan kini ia dilihat pihak BlackBerry turut menguji penggunaan rekaan ikon yang baru.

Daripada apa yang diperlihatkan, ikon baru ini menggunakan rekaan berasaskan flatUI yang menjadi trend akhir-akhir ini, selain perubahan dari segi penggunaan beberapa ikon.

Memandangkan ia masih dalam fasa pembangunan, maka mungkin kita akan melihat pelbagai perubahan hadir bersama-sama Blackberry 10.3 kelak.


Sementara itu, apa kata anda berkenaan rekaan ikon baru pada Blackberry 10.3 ini?

0 comments:

Post a Comment