This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Kemaskini BlackBerry 10 OS Ditawarkan – Membawakan Sokongan Kad-SD Sehingga 64GB

Bagi pengguna peranti BlackBerry 10 di Malaysia, seperti BlackBerry Z30 dan juga BlackBerry Z10, kini kemaskini kecil ditawarkan kepada anda, yang mana membawakan beberapa fungsi tambahan kepada peranti anda.

BlackBerry 10 Update

Melalui kemaskini bersaiz sekitar 104MB ini, ia membolehkan pengguna menggunakan kad-SD sehingga bersaiz 64GB – suatu penambahan yang baik bagi mereka yang menyimpan pelbagai fail media pada kad storan tambahan mereka.

Disamping itu, kini tiada lagi had aplikasi yang boleh berjalan di latar, selain mana pihak Blackberry turut menyertakan beberapa kemaskini dan penambah-baikkan pada platform mereka.

Bagi pengguna BlackBerry 10, anda boleh menyemak kemaskini perisian ini di Priority Hub, dan memulakan proses kemaskini anda melaluinya.

0 comments:

Post a Comment