This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

LG Hadir Dengan Tiga Video Promosi Ringkas Untuk LG G3


LG bakal melancarkan telefon pintar terbaru daripada mereka, LG G3 pada hari ini – 27 Mei. Kini, selain sebuah video teaser ringkas sebelumnya, pihak LG turut memberikan beberapa idea awal berkenaan fungsi pada peranti berkenaan dengan menerbitkan tiga video promosi baru.









Video promosi baru ini dilihat memfokuskan kepada kamera, skrin dan juga rekaan peranti berkenaan. LG G3 dijangka akan menyertakan kamera 13-megapixel dengan sebuah sistem auto-fokus yang baru berasaskan laser.

Disamping itu, ia turut dijangka akan menyertakan skrin 5.5-inci dengan paparan QHD, dan membawakan rekaan serta binaan yang menarik.

Seperti biasa, ketiga-tiga video ini memberikan gambaran kasar sahaja, dan tidak memperlihatkan sebarang perkara dengan jelas.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai ketiga-tiga fungsi ini ketika acara pelancaran mereka yang dijadualkan pada minggu hadapan kelak.

0 comments:

Post a Comment