This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Kemaskini Android 4.4 Kitkat Diperkenalkan Kepada Pengguna Galaxy Note 2

Android KitKat
Bagi para pengguna Samsung Galaxy Note 2 di Malaysia, hari ini pihak Samsung telah mula memperkenalkan kemaskini Android 4.4.2 KitKat, yang mana boleh dimuat-turun melalui Kies dan juga OTA.



Melalui Android 4.4.2 KitKat, pengguna Galaxy Note 2 ditawarkan dengan sedikit perubahan pada antarmuka, termasuk penggunaan ikon berwarna putih di bar status, akses pantas ke kamera melalui lock screen, sokongan untuk menetapkan aplikasi untuk permesejan SMS, termasuk sokongan KNOX dan beberapa yang lain.

Untuk pengguna tempatan yang menggunakan Galaxy Note 2, anda boleh memuat-turunnya melalui Kies, ataupun menggunakan kemaskini dalam bentuk OTA dengan ke halaman Settings > About Device > Software Update. Bagi pengguna teknikal, anda turut boleh memuat-turun fail firmware untuknya dan memasangnya sendiri pada peranti anda.

0 comments:

Post a Comment