Pengeluar kamera lasak GoPro akan memfailkan IPO dan merancang untuk mengumpul sebanyak USD100 juta daripada penawaran tersebut dan akan ditawarkan di NASDAQ di bawah nama GPRO.
GoPro Melancarkan IPO Berjumlah USD100 Juta
GoPro akan melancarkan IPO di mana ia merancang untuk mengumpul dana sebanyak USD100 juta dan disenaraikan di NASDAQ di bawah nama GPRO. Jumalah USD100 juta ialah jumlah asas dan mungkin akan ditingkatkan bergantung kepada minat pelabur yang ditunjukkan apabila ia membuat roadshow menjelang pelancaran IPO tersebut.
Bersama-sama pengumuman jumlah IPO tersebut, GoPro juga mendedahkan prestiasi kewangannya di mana telah mencatatkan keuntungan USD60.6 juta daripada perolehan sebanyak hampir USD1 Billion tahun lepas. Ia juga mengatakan hampir separuh daripada jualannya datang dari jualan di luar US tahun lepas, dan peratusan itu telah meningkat melepasi 50% setakat tahun ini.
Walaupun produk utama GoPro adalah kameranya, ia juga menawarkan pelbagai jenis aksesori tambahan yang membolehkan penggunanya meletakkan kamera tersebut di mana-mana sahaja seperti di topi keledar, di tangan, di paapn luncur dan sebagainya. Ini merupakan sesuatu yang tidak banyak ditawarkan oleh pesaingnya.
Walaupun telefon pintar masa kini dilengkapi dengan kamera yang berkualiti tinggi dan kini telah mengurangkan penguasaan penguasaan kamera kompak, GoPro masih lagi mampu bersaing, malah jualannya meningkat dua kali ganda setahun sejak ia diperkenalkan.
Namun apa pun, kekuatan utama GoPro adalah ketahanannya. Ini dibuktikan dengan video berikut di mana sebuah kamera tersebut jatuh dari kapal terbang ke dalam sebuah kandang khinzir, namun komponennya selamat dan videonya boleh diperolehi kembali.
0 comments:
Post a Comment