This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

LG G Flex 2 Akan DiLancarkan Hujung Tahun Ini?

Pada acara pelancaran telefon pintar LG G3, syarikat pengeluarnya, LG telah mendedahkan bahawa LG G Flex 2 dijadualkan untuk pelancaran penghujung tahun ini. Ia akan dilancarkan di samping tablet LG Vu 4.

LG G FLex 2

LG G Flex 2 Akan DiLancarkan Hujung Tahun Ini?
Bulan Februari lepas, dunia diperkenalkan kepada telefon pintar melengkung LG G Flex dan kini, syarikat pengeluarnya, LG mendedahkan bahawa ia dijadualkan melancarkan LG G Flex 2 menjelang penghujung tahun ini.

Jika tahun lepas LG G Flex dianggap suatu peranti yang menarik dan berpotensi, tetapi tidak benar-benar diperlukan, mampukah penggantinya ini menjadi peranti revolusi yang dinanti-nantikan? Sukar untuk digambarkan kerana tiada sebarang spesifikasi berkenaan peranti tersebut didedahkan syarikat itu.

Butiran lain yang didedahkan hanyalah ia juga akan melancarkan tablet Vu 4 penghujung tahun ini, itu pun tanpa kepastian yang ia akan dijual di luar Korea.

Maklumat terdahulu mengenai peranti ini pernah dibocorkan oleh pembocor maklumat peranti terkenal @evleaks yang mendedahkan bahawa peranti ini adalah salah satu peranti premium Android Silver dan akan didatangkan dengan ciri yang lebih unik dari plastik yang boleh membaiki calarnya sendiri yang terdapat pada model asal.

Sementara itu, kita hanya boleh menunggu maklumat baru mengenainya dikeluarakan untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

0 comments:

Post a Comment