This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Pembangun Permainan Flappy Bird Bakal Hadir Dengan Permainan Baru

Flappy Bird merupakan salah satu permainan popular yang dikatakan akan diterbitkan kembali pada bulan Ogos ini dengan beberapa pembaharuan. Selain daripadanya, pembangun permainan tersebut turut dilihat sedang menyiapkan sebuah permainan baru.

Larian 8bit

Seperti biasa, ia mengekalkan bentuk rekaan 8-bit, dan daripada paparan skrin yang dikongsikan, ia dilihat akan membawakan permainan berbentuk “berlari” – lebih kurang seperti Subway Surfer atau Temple Run tetapi dengan rekaan klasik.


Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah permainan tersebut akan dilancarkan. Berkemungkinan kita akan dapat melihatnya untuk platform Android dan iOS – sama seperti Flappy Bird sebelum ini.

0 comments:

Post a Comment