Huawei hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon
pintar terbaru mereka yang dinantikan ramai, iaitu Huawei Ascend P7. Ia hadir daripada
salah satu keluarga utama peranti Huawei, dan membawakan rekaan yang lebih
kurang sama seperti Huawei Ascend P6 sebelum ini.
Huawei Ascend P7
Dari segi spesifikasi, Ascend P7 membawakan skrin bersaiz
5-inci dan dilengkapi dengan Gorilla Glass 3, paparan resolusi pada 1920×1080
pixel, cippemprosesan empat-teras HiSilicon Kirin 910 SoC 1.8GHz, memori 2GB
RAM, dan ruangan storan 16GB bersama-sama sokongan kad mikro-SD.
Menariknya pada peranti ini adalah bahagian kamera, dimana
ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel dengan sensor daripada Sony, selain
kamera hadpaan 8-megapixel yang mana semestinya menjadi pilihan ramai pengemar
selfie.
Huawei juga turut melengkapkan peranti ini dengan sokongan
LTE, salah satu perkara yang tidak terdapat pada Ascend P6 sebelum ini.
Dari segi antaramuka pula, ia kini menggunakan Emotion UI
2.3, dan dijana menggunakan Android 4.4 KitKat. Beberapa fungsi baru turut
hadir termasuk Permission Manager dan juga sokongan penjimatan kuasa yang
dikemaskini.
Huawei menjadualkan untuk memperkenalkan ia di pasaran
Malaysia pada bulan Mei ini, tetapi kami rasakan mungkin ia akan hanya hadir
sekitar Jun kelak. Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut
berkenaan dengannya dalam masa terdekat ini.
0 comments:
Post a Comment