This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Nokia Ingin Melabur Dalam Syarikat Memfokuskan Teknologi Dan Invoasi Berkaitan Automotif

Nokia selepas menjual bahagian peranti dan perkhidmatan mereka kepada Microsoft, kini nampaknya memfokuskan ke arena teknologi automotif. Selain perkhidmatan pemetaan mereka HERE, kini Nokia turut mengumumkan dana sebanyak $100 juta untuk pelaburan dalam teknologi dan perkhidmatan automotif.

Ia dilihat Nokia berminat untuk melabur dalam syarikat-syarikat dan inovasi berkaitan dengan “Connected Car”, dan pada masa yang sama memperluaskan lagi ekosistem HERE.

Nokia bukan satu-satunya syarikat yang memfokuskan kepada teknologi automtotif ini, dimana sebelum ini terdapat beberapa syarikat yang melakukan perkara sama termasuk Google dan juga Apple.

Dengan fokus Nokia terhadap teknologi automotif ini, semestinya ia sesuatu yang menarik untuk lihat perkembangan syarikat mereka, termasuk bahagian pemetaan HERE dalam tahun-tahun akan datang.

0 comments:

Post a Comment