This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Tango Super PC : Komputer Bersaiz Telefon Pintar

4a5bdb5b2978304170b522b0438b0ab9_large
Berapakah dia antara anda yang mempunyai berbilang peranti untuk menjalankan fungsi PC, pemain media dan konsol permainan video? Sebuah syarikat yang berpangkalan di San Diego, California, Tiny Tango, telah berjaya membangunkan sistem komputer mini yang hanya bersaiz telefon pintar digelar Tango.


Tango PC

Tango Super PC : Komputer Bersaiz Telefon Pintar
Sebuah syarikat berpangkalan di San Diego, California, Tiny Tango, telah berjaya mengeluarkan sebuah komputer PC bersaiz telefon pintar, namun tetap berkuasa seperti komputer bersaiz penuh. Tango terdiri daripada dua bahagian atau komponen iaitu PC dan stesen dok.

Bahagian pertama ialah PC tersebut yang bersaiz telefon pintar. Ia menempatkan CPU+GPU, papan induk, bateri, RAM dan SSD. Bahagian kedua ialah stesen dok yang menempatkan sumber kuasa, unit penyejuk dan port-port seperti USB, HDMI dan lain-lain.

7c52214f0dfcf2e14b2f3ec0a8121479_large



Cara penggunaannya ialah, pengguna boleh membeli seberapa banyak stesen dok yang diperlukan. Mungkin 1 untuk penggunaan peribadi, satu diletakkan berhampiran TV di ruang tamu dan satu lagi diletakkan di pejabat. Untuk menggunakannya, bahagian PC disambungkan kepada bahagian dok yang disambungkan kepada monitor/TV, keyboard dan mouse. Apabila disambungkan pengguna boleh menggunakan PC itu seperti biasa dan apabila pengguna perlu bergerak ke tempat lain, dia hanya perlu mencabut bahagian PC, tanpa mematikannya, dan dibawa ke tempat yang ingin dituju, contohnya ke pejabat.

Secara asasnya, PC ini dilengkapi APU AMD A6-5200 Quad Core 2GHz yang diintegrasikan dengan GPU Radeon 8400 untuk prestasi gaming tahap sederhana. RAM dan SSDnya boleh ditukar dengan mudah dengan membuka beberapa skrew padanya dan mengganti/menambah RAM dan SSD. Seperti PC biasa juga, ia boleh menjalankan OS-OS utama di pasaran seperti Windows 7/8 Pro, Linux, Ubuntu dan Chromium OS (OS tidak disertakan).

Tango Sedang mencari pembiayaan awam melalui laman web Kickstarter.com dengan beberapa tawaran ganjaran bagi penyokong projek tersebut. Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh melayari laman web Tango PC.

0 comments:

Post a Comment