This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

LG Memperkenalkan Tiga Tablet G Pad Baru – Bersaiz 7-inci, 8-inci dan 10.1-inci

LG pada tahun lepas telah memperkenalkan keluarga siri G Pad mereka, dan hari ini, ia dilihat mereka menambah sebanyak tiga versi tablet baru dibawah keluarga tersebut, dimana menawarkan variasi saiz pada 7-inci, 8-inci, dan juga 10.1-inci.

LG G Pad

Tiada spesifikasi penuh yang disediakan oleh LG untuk tablet mereka tersebut, dan mengatakan akan berkongsi lebih lanjut mengenainya sekitar beberapa minggu lagi.


LG G Pad 7.0 dikatakan direkabentuk untuk digunakan dengan memegangnya pada satu tangan, disamping hadir dengan kemudahan menikmati kandungan ketika bergerak. LG G Pad 8.0 pula hadir dengan sokongan multitasking yang baik, termasuk pengalaman penggunaan multimedia menarik. Dan akhir sekali, G Pad 10.1 memfokuskan kepada saiz paparan skrin yang besar dan masa bertahan bateri yang lama.

LG G Pad

Ketiga-tiganya akan menggunakan antaramuka LG baru yang turut hadir dengan fungsi KnockCode dan juga QPair 2.0. Seperti biasa, berkemungkinan kita tidak akan melihat tablet-tablet ini daripada LG dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

0 comments:

Post a Comment