Oppo Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan dua
telefon pintar terbaru mereka, iaitu Oppo Find 7 dan juga Oppo Find 7a. Menjadi
perhatian utama semestinya peranti dengan paparan 2K mereka, iaitu Oppo Find 7.
Oppo Find 7 Malaysia
Dari segi spesifikasi, Oppo Find 7 menyertakan cip
pemprosesan empat-teras 2.5Ghz, memori 3GB RAM, skrin 5.5-inci dengan resolusi
2560×1440 pixel, kamera belakang 13-megapixel, dan juga dijana menggunakan
ColorOS 1.2.
Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah termasuk
kameranya yang menawarkan rakaman gambar dalam pelbagai mod, selain sokongan
pengecasan pantas – membolehkan pengguna mengecas sehingga 75% dalam masa 30
minit. Melalui penggunaan sistem operasi ColorOS 1.2, ia turut menyertakan
pelbagai sokongan gesture pada peranti berkenaan, termasuk dwi-tap untuk
mengaktifkan dan mematikan skrin.
Pada bahagian kamera, Oppo memfokuskan kepada beberapa
perkara, termasuk salah satunya adalah mod UltraHD yang membolehkan pengguna
merakamkan gambar, zoom, dan melihat sesuatu perkara tanpa kehilangan data
seperti kamera lain. Disamping itu, pihak Oppo turut menyertakan sokongan Focus
Tracking dan juga rakaman video 4K pada peranti berkenaan.
Di Malaysia, Oppo Find 7 akan dijual bermula penghujung Jun
ini pada harga RM1998.
0 comments:
Post a Comment