This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Xiaomi Mi 4 Dilancarkan Penghujung Tahun Ini – Harga RM 889?

Xiaomi yang telah memasuki pasaran Malaysia dua bulan lalu boleh dilihat berjaya menarik perhatian pengguna Malaysia terutamanya dengan penawaran telefon pintar Mi 3 yang dijual pada harga sekitar RM 769 dan dengan dua lagi model Redmi 1S dan Redmi Note akan mula djual bulan ini, kami pasti lebih banyak rakyat Malaysia akan menjadi pemilik kepada telefon pintar daripada syarikat China ini.
XiaoMi-Mi4-malaysia

Bercakap mengenai model utama Xiaomi iaitu Mi 3 yang sudah hampir setahun berada di pasaran, jika sebelum ini kami pernah melaporkan mengenai model Mi 3s dengan pemproses Snapdragon 801, Xiaomi dilihat akan terus melancarkan model Mi 4 yang hadir dengan reka bentuk baru.

xiaomi-mi-4-malaysia

Gambar yang sumbernya adalah dari China memaparkan model Xiaomi Mi 4 dan walaupun gambar ini tidak mendedahkan banyak maklumat, kita boleh lihat bahawa model ini mempunyai reka bentuk sisi yang melengkung dan panel sisi yang lebih nipis.

Xiaomi Mi-4 dikatakan akan mempunyai reka bentuk unibody berasaskan besi, pemproses terbaru daripada Snapdragon, kamera 16MP dan menyokong rangkaian LTE. Selain itu, skrin paparan generasi terbaru telefon pintar Mi ini pasti lebih lebar daripada 5-inci dan kemungkinan skrin QHD dan disertakan dengan 3GB RAM. Xiamoi Mi-4 ini mungkin akan diumumkan pada bulan Oktober ini dan pastinya akan mula dijual di China terlebih dahulu sebelum memasuki pasaran lain.

bercakap mengenai harga penjualan model ini, kami pasti harga Mi 4 akan kurang daripada RM 1000 dan mengekalkan model ini sebagai telefon pintar utama termurah di pasaran.

0 comments:

Post a Comment