This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Sekilas Pandang : Nvidia Shield Tablet

UPDATE : Nvidia Shield tablet akan mula dijual di US dan Kanada mulai 29 Julai pada harga USD299 untuk model 16GB WiFi dan USD399 untuk model LTE 32GB. Alat kawalan Shield akan dijual pada harga USD59, manakala cover yang dilengkapi kickstand akan dijual pada harga USD39.

NVIDIA-SHIELD-Tablet-8.0_cinema_960.0

Nvidia telahpun mengesahkan ia sedang membangunkan peranti gaming mudah alihnya, Nvidia Shield Tablet yang menjadi pengganti bagi peranti gaming mudah alih sebelumnya, Nvidia Shield .  Kini gambar tablet tersebut telah dibocorkan kepada umum. Lihat di bawah.

nvidia_shield_tablet_evleaks-580-90

Sekilas Pandang : Nvidia Shield Tablet
Pembocor maklumat peranti popular,  Evleaks telah menerbitkan satu gambar yang dipercayai peranti Nvidia Shield Tablet yang banyak dibocorkan kebelakangan ini. Gambar tersebut disertakan dengan kapsyen yang memberi mesej jelas, “NVIDIA Shield Tablet, 2014.”

Nvidia Shield Tablet dikatakan merupakan sebuah tablet gaming Android yang dilengkapi pemproses berkuasa Nvidia yang terbaru, Tegra K1, yang mempunyai fokus kepada gaming dan kebolehan untuk menstrim permainan video dari komputer yang dilengkapi cip Nvidia yang terbaru.

Maklumat yang dibocorkan pada bulan Mei dalam bentuk sebuah benchmark menunjukkan ia dilengkapi skrin 7.9 inci dengan resolusi 2048 x 1536 serta pemproses quad core 2.1GHz Tegra K1.

Baru-baru ini Nvidia mengesahkan ia akan mengeluarkan sebuah peranti gaming baru dan sumber mengatakan bahawa ia akan bersaing terus dengan Steam Machine Valve seperti Alienware Alpha. Nvidia mungkin bukan merujuk kepada Shield Tablet, tetapi jika benar, bermakna tablet ini memfokuskan kepada gaming di ruang tamu dan spesifikasinya menyokongnya.

Seperti Shield yang asal, tablet itu dikatakan mempunyai keupayaan HDMI-out. Namun, tidak seperti Shield asal, alat kawalannya dijual secara berasingan. Adakah tablet ini akan menjadi peranti touchscreen Android untuk gaming, gaming PC mudah alih dan peranti gaming di ruang tamu dengan alat kawalan dalam satu pakej kecil?

Untuk jawapannya, sedikit pencerahan oleh Nvidia diperlukan. Harap mereka tampil untuk membuat pengumuman rasmi dalam masa terdekat.

0 comments:

Post a Comment