Xiaomi Mi-4 dikatakan akan mempunyai reka bentuk unibody berasaskan besi, pemproses terbaru daripada Snapdragon ( berkemungkinan Snapdragon 805), kamera 16MP dan menyokong rangkaian LTE. Selain itu, skrin paparan generasi terbaru telefon pintar Mi ini pasti lebih lebar daripada 5-inci dan kemungkinan skrin QHD dan disertakan dengan 3GB RAM. Xiamoi Mi-4 ini mungkin akan mula dijual beberapa minggu kemudian dan pastinya akan mula dijual di China terlebih dahulu sebelum memasuki pasaran lain.
Walaupun sebelum ini, Xiaomi mengambil masa hampir 3 bulan sebelum Mi 3 mula dijual di China namun adalah diharapkan bahawa Mi 4 akan ditawarkan didalam masa yang lebih pantas. Dengan pelancaran Mi 4, model ini dijangka akan meneruskan kejayaan Mi 3 yang mana hampir 10 juta unit telah dijual.
Harga penjualan model ini pasti berada pada kadar yang seperti model Mi 3 dan kami menjangkakan dengan penawaran skrin QHD dan spesifikasi yang lebih baik, Xiaomi pasti akan cuba untuk mengekalkan harga penjualan model ini pada harga bawah dari RM 1000 apabila ianya tiba di Malaysia kelak.
0 comments:
Post a Comment