This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Ciri-ciri yang perlu diambil kira sebelum membeli powerbank?

Jikalau anda merupakan pengguna aktif peranti mudah-alih seperti kami, mungkin kebiasaan bateri telefon pintar anda akan bertahan sekitar sekitar 9 jam sahaja. Perkara ini sering menganggu, terutamanya apabila kita bekerja di luar. Sebagai alternatif untuk anda telefon pintar anda terpadam sebegitu sahaja, dan untuk kekalkan bateri telefon anda, salah satu peranti yang boleh membantu adalah powerbank.

Powerbank boleh dikatakan sebagai salah satu pengecas bateri mudah-alih, dan pelbagai pengeluar menawarkannya di pasaran. Kebanyakannya boleh dikatakan hadir dari China, disamping beberapa pengeluar peranti seperti Nokia, Sony, Xiaomi dan lain-lain turut menawarkan powerbank jenama mereka tersendiri.

Dengan pelbagai penawaran ini, semestinya ia mungkin membuatkan anda sedikit sukar dalam membuat keputusan untuk membuat pembelian powerbank anda. Jadi, apakah antara ciri-ciri yang perlu diberi perhatian sebelum membelinya?

Input dan Output
Output yang dikeluarkan oleh sesuatu powerbank adalah salah satu perkara yang perlu diketahui sebelum anda membelinya, dan ia juga bergantung kepada peranti yang anda akan gunakannya untuk tujuan pengecasan.

Boleh dikatakan kebanyakkan telefon pintar hari ini boleh menerima pengecasan pada kadar 1A, dan beberapa telefon pintar yang menerima lebih daripadanya. Sebagai contoh, telefon pintar yang dilengkapi dengan sokongan Qualcomm Quick Charge boleh menerima kuasa pengecasan sehingga 2A melalui port USB – sekaligus membuatkan masa pengecasan menggunakan powerbank lebih pantas berbanding kebiasaan.

Powerbank

Selain telefon pintar, beberapa tablet juga boleh menerima kuasa pengecasan yang lebih tinggi. Sebagai contoh, iPad tidak boleh dicas pada kuasa 1A, dan memerlukan lebih daripadanya. Beberapa powerbank turut hadir dengan dua port pengecasan, dimana kebiasaannya pada 1A dan juga 2.1A.

Disamping output, bagaimana input ataupun bagaimana sesuatu powerbank dicas juga perlu diberi perhatian. Terdapat beberapa powerbank yang memerlukan kabelnya tersendiri dan tidak menggunakan kabel USB biasa untuk pengecasan. Perkara ini mungkin tidak digemari ramai memandangkan perlu menguruskan satu lagi kabel tambahan untuk disimpan.

Beberapa penjual powerbank juga turut menyarankan untuk menggunakan kabel yang didatangkan bersama-sama peranti yang dibeli untuk dihubungkan antara peranti dengan powerbank.

Kapasiti Storan

Kapasiti simpanan juga memainkan peranan penting dalam membuat pembelian powerbank anda. Secara kasarnya, boleh dikatakan dimana powerbank dengan kapasiti storan tenaga lebih tinggi akan bersaiz lebih besar dan lebih berat. Perkara ini mungkin memerlukan anda memilihnya berdasarkan kepada kemudahan anda membawanya ke mana-mana, dan tidak terganggu dengan saiz powerbank yang besar.

Disamping itu, dengan kapasiti bersaiz besar, ia juga akan mengambil masa pengecasan powerbank yang lebih lama untuknya – tetapi boleh digunakan untuk mengecas peranti beberapa kali berbanding dengan kapasiti bersaiz kecil.

Sering kali ramai yang membuat pengiraan berdasarkan kapasiti simpanan powerbank dan juga kuasa bateri telefon pintar. Pengiraan ini boleh dikatakan agak kurang tepat disebabkan kadang-kala kuasa hilang dalam sesetengah proses, selain mana kadang-kala powerbank turut digunakan bukan hanya ketika telefon pintar kehabisan bateri sepenuhnya.

Pastikan Jenama Asli

Dengan lambakan powerbank di pasaran pada hari ini, jenama dan keaslian powerbank tersebut sendiri perlulah diberi perhatian. Terdapat beberapa penjual yang menjual powerbank tiruan yang mana hadir dengan bateri berbentuk alkali dan tidak bertahan lama. Ia juga boleh dikatakan agak membahayakan peranti anda sendiri.

Untuk memastikan anda membeli pengecas asli, mungkin anda boleh mendapatkan powerbank tersebut daripada penjual atau pengedar rasmi sesuatu jenama, ataupun membeli terus melalui kedai-kedai mereka.

Powerbank

Kebanyakkan pengeluar peranti mudah-alih, seperti Sony, BlackBerry, dan sebagainya mempunyai powerbank mereka tersendiri. Jikalau inginkan sesuatu yang murah, mungkin anda boleh mendapatkan powerbank daripada pihak Xiaomi yang ditawarkan pada harga RM36 untuk kapasiti 10400mAh.

Lain-Lain

Lain-lain perkara yang turut boleh diberikan perhatian oleh anda ketika ingin membeli sesuatu powerbank adalah termasuk bilangan port yang disediakan untuk pengecasan, dan beberapa ciri-ciri tambahan. Powerbank berasaskan Li-Polimer juga dilihat lebih selamat dan mempunyai kadar kehilangan cas yang rendah berbanding beberapa powerbank lain.

Pengguna juga mungkin boleh memberikan perhatian kepada beberapa ciri-ciri keselamatan dan keserasian dengan peranti yang disertakan pada sesuatu powerbank sebelum membuat pembelian – untuk mengelakkan ia merosakkan peranti anda, ataupun meletup secara tiba-tiba.

0 comments:

Post a Comment